Madah Tarbiyyah

"perjuangan kerana Allah, Allah akan membantumu. Kesedihan akibat peritnya perjuangan akan mendapat balasan yg mulia di sisi-Nya. Perjuangan itu derita, perjuangan itu seolah-olah menempah penderitaan, berdepan dgn kesengsaraan, dan meletakkan diri dlm kepedihan. Itulah perjuangan, ia bukan kesengsaraan, ia bukan bagai madu yg melazatkan. Tetapi perjuangan kita ini mulia. Perjuangan bagi menyemarakkan sinar Islam ke seluruh buana. Yakinlah yg perjuangan ini tdk pernah sia-sia. Barang siapa yg membantu Allah dlm urusan-Nya, pasti Allah akan membantunya"

Individu Muslim

Kita wajib memulakan Islam ini dari bawah, iaitu melalui tarbiyyah individu. Apalah gunanya mengadakan muktamar yang menghimpunkan orang-orang yang lemah, tidak mempunyai keinginan sendiri dan tidak mampu melaksanakan satu keputusan atau resolusi. Apa faedahnya berbuat demikian? Adakah kamu mahu mengumpulkan angka-angka kosong? ~Syarkib Arsalan~

Followers

Wednesday, May 22, 2013

PRU 13

Bangun pagi-pagi dalam kepala fikir banyak perkara dah, sampaikan kepala jadi sakit. Dah la memang dah sakit kepala.

Berjalan laju-laju pergi stesen LRT.

Naik bas pergi stesen KTM.

Naik KTM pergi tempat kerja.

Hari-hari berlaku situasi yang sama. Walau kadang-kadang mungkin atas urusan lain ambil laluan yang lain tetapi itulah rutin harianku seharian pada waktu pagi. Keluar rumah awal pagi dan balik rumah malam hari.

Sampai pejabat awal dari waktu kerja. Buka berita untuk baca isu semasa.

Eh, masih berita tentang PRU ke-13 hari tu. Emmm..

Terasa macam nak komen sesuatu pulak, tetapi ini berdasarkan batas pemikiran aku yang singkat dan kecil ini, sekadar anak hingusan yang baru belajar erti dunia sebenar yang sangat menakutkan.

Aku mengakui PRU ke-13 kali ini memang ada penipuan. Contohnya:

1) Seperti semua maklum mengenai hal 'dakwat kekal' yang tidak kekal itu. Pada satu taklimat undang-undang berkaitan PRU 13 sebelum 5 Mei hari tu, kenyataan dari pihak Jabatan Kimia Malaysia menyatakan 'dakwat kekal' tersebut mampu bertahan selama 5-7 hari dengan apa cara basuhan. Dimaklumkan juga bahawa, harga untuk dakwat kekal tersebut RM5j (tetapi ini tak tahu lah untuk berapa Liter). Nak katanya, bagaimana 'dakwat kekal' yang telah dijalankan uji kajinya oleh JABATAN KIMIA MALAYSIA itu boleh tertanggal hanya dengan membasuh pinggan atau basuh baju (guna tangan).

2) Beberapa hari sebelum 5 Mei, beberapa orang dari (yang tidak boleh disebut) telah melakukan sesuatu seperti 'bancian' dari rumah ke rumah untuk mengesahkan senarai nama pengundi di dalam setiap rumah itu sama atau tidak dengan senarai nama yang diperolehi oleh calon pada hari penamaan calon pada 20 April lepas. Makanya, terdapat 3 nama yang tidak menghuni rumah tersebut bahkan tidak dikenali langsung oleh ahli rumah tersebut, telah mendaftar sebagai pengundi menggunakan alamat rumah tersebut.

3) Pada hari jumaat (3 Mei) dimaklumkan sejumlah manusia yang tiba dan mendarat di KLIA/LLCT (ini saya tak ingat) daripada Sarawak/Sabah. Allahu'alam bab ini saya tidak mempunyai bukti yang kukuh, sebabnya tak sempat nak interview 'pelancong dari Sarawak/Sabah' tersebut.

Baiklah di atas adalah apa yang saya tahu, tetapi apa yang saya tak tahu tetapi sahabat-sahabat menceritakan pada saya pun banyak, cuma kesahihannya, allahu'alam, bukan saya penentunya.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ya. Saya bukan di pihak BN.

Namun, tidak semestinya saya harus menutuk BN, itu bukanlah apa yang disuruh islam.

Kekalahan PR pada PRU 13 adalah suatu langkah permulaan. Langkah permulaan untuk kita sama-sama sedar, kekalahan kita adalah untuk beri kita masa muhasabah diri, beri kita masa untuk perbaiki diri, beri kita masa untuk membetulkan niat.

Tanya diri kita, mengapa kita inginkan kemenangan tersebut?
Tanya diri kita, mengapa kita kalah walau majaroti rakyat dipihak kita?
Tanya diri kita, sebenarnya apakah matlamat hidup kita?

Sebelum saya pulang ke kampung untuk mengundi, pada usrah terakhir dengan adik-adik usrah, saya katakan pada mereka, doakan ye. In shaa Allah, jika kemenangan di pihak kita, maka, ada banyak kerja yang akan menanti kita, kita harus lebih berusaha bersungguh-sungguh kerana bilamana pimpinan bertukar dalam keadaan tidak semua rakyat memahami sistem islam yang sebenar, makanya pasti akan terjadi kekecohan lain. Tetapi bilamana kejayaan pada PRU 13 ini bukan milik kita, makanya, lagi bertambah-tambah banyak kerja yang menanti kita..kerana islam itu tidak terdiri dengan manusia-manusia yang tidak bersungguh-sungguh dengan islam, dan untuk melahirkan manusia seperti itu sudah semestinya banyak pengorbanan yang harus kita lakukan. Mengornbankan masa, tenaga, bahkan harta.

Yuk! Allah menjanjikan kemenangan itu. Itu janji Allah. Tugas kita hanya berusaha!

Takbir! Allahu akbar!

Kredit

-Pening fikir masalah ummat-
-ambil masa untuk muhasabah-
-Kedah waiting for me-

Tuesday, April 30, 2013

Marah

Bila bekerja kita akan berhubung dengan masyarakat yang lebih banyak kerenahnya. Bukan sahaja di tempat kerja tetapi jua sepanjang perjalanan kita pergi dan pulang dari kerja.

Saat inilah yang membuktikan segala teori kita dalam medan Dee & Tee selama ini, dalam usrah selama ini etc. bertukar kepada bentuk amal/praktikal.

Aku. Ye, aku adalah seorang yang sensitive. Kadang sensitive itu baik untuk dengan cepat men'detact' keadaan sekeliling yang berubah tetapi kadang sensitive itu membawa kepada satu perkara negative.

Hari ini, seorang pelanggan mendesak berulang-ulang kali bertanya mengenai urusannya yang tidak selesai-selesai. Aku tidak tahu pihak mana yang salah, sama ada pihak tempat aku bekerja atau pihak lain atau pelanggan tersebut yang terlalu sombong.

Tetapi dari perkara ini aku belajar sesuatu, aku sedang belajar untuk mengawal kemarahan aku..ye, mungkin aku marah bukan dengan meninggikan suara atau diterjermahkan dalam bentuk kekerasan yang lain tetapi saat aku marah dan aku berkata ia akan melahirkan kata-kata yang akan menyakitkan hati pihak lain. Allah..T__T

Kredit: Jangan marah walau kamu berhak marah. ^_^



Sungguh, aku sedang berusaha untuk mengawal sifat amarah itu. Maka, saat aku marah, aku berdiam.

Kredit: Diam lebih baik dari berkata.


Dan dari hal ini juga aku mempelajari sesuatu perkara lagi, kita semua mempunyai hak tetapi kadang kita tidak boleh terlalu meminta hak kita sehingga terlupa kita hidup yang dikelilingi manusia di mana setiap manusia itu akan ada kekurangannya dan ketidakcukupan masanya.

Mood: sedih, kechiwa, geram dengan diri sendiri.

p/s: Situasi di atas adalah di persekitaran kerja undang-undang.

Setelah sekian lama tidak men'hupdate' blog.
 
Ok. Sedang berusaha untuk bab 'Tersusun Urusannya' dalam 10 MT.

Thursday, April 4, 2013

Sakit

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".
[64:11]

----------------------------------------

Sejak akhir-akhir ini, banyak berita mengenai orang yang meninggal, orang yang sakit dan seangkatan dengannya.

Allah.

Banyak muhasabah diri. Benarlah kematian itu suatu yang pasti dan semakin menghampiri.

Dan aku, aku berharap aku pergi dalam keadaan aku mengimani 'jalan ini'..aku dah tak lagi berkira-kira untuk mengorbankan segalanya untuk Dee n Tee ini.

Allah.

Sejak beberapa minggu yang lepas aku sakit kepala setiap hari, sehingga ke saat ini.

Setiap hari berlawan dengan sakit kepala untuk melakukan kerja, tunaikan hak-hak orang sekeliling dan jua menggalas tanggungjawab Dee n Tee ini.

Keluar di awal-awal pagi dan balik di malam hari.

Namun, aku bersyukur kerana andai dengan semua ini aku mampu mencapai redha-Nya.

Maka, di sini aku memohon, kepada sesiapa yang terbaca(hehe) post ini..doakan aku..

Doakan aku, andai sakit ini membawa aku dekat dengan Allah, biarkan sakit ini bersama aku..
Doakan aku, andai dengan sihat itu aku terlupa bahawa mati itu sedang menghampiri, maka biarkan sakit ini bersama aku..
Doakan aku, untuk terus redha..untuk terus tsabat..untuk terus melangkah.

Allahu ghayatuna
(Allah adalah matlamat kami)
 
Ar-Rasulu qudwatuna
(RasuluLlah adalah ikutan kami)
 
Al-Qur'anu dusturuna
(al-Qur'an adalah perlembagaan kami)
 
Al-jihadu sabeeluna
(Jihad adalah jalan juang kami)
 
Wal-mautu fi sabeeliLlahi asma' amanina
(dan mati syahid di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi!)
 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya."
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
 
 
 
.Alhamdulillah.
Serdang

Monday, March 18, 2013

Pemergian Seorang Insan yang Menggegarkan Dunia Dee n Tee

Tengah dengar taujihat seorang akhwat, tengok h/p begitu banyak whatsaap group masuk.

[turun bawah]

Tiba-tiba terhenti pada satu mesej,

"Salam, baru sebentar tadi seorang ikhawah meninggal dunia di HUKM setelah koma sejak semalam. Iman shafiq, seorang daie yang sangat komited, qawiy jiddan...umar al-farouq dalam dunia Dee n Tee kita..."
-5.49pm 16 Mac 2013:Sabtu-

Kemudian, ramai yang berkata-kata/menyebut-nyebut tentang susuk tubuh ini.

Baru aku tahu, saat aku membaca mesej terakhirnya(akh iman) kepada naqibnya yang mana mesej itu menjadi mesej berantai,

"salam akh, ana terima tawaran nta untuk bersama jemaah ini dan ana bersedia untuk all out dalam dakwah n tarbiyah nie. Ana mesej sekarang takut terlambat nanti.
-akh iman syafiq-
[tambah tolak, lebih kurang macam nie la mesejnya]



Kemudian, kak Nur Aisyah Zainordin pula meng'update' status di MukaBuku dengan doa Ustaz Hassanudin:
"Ya Allah! Kami menjadi saksi bahawa akhi ini telah berjuang bersungguh-sungguh untuk menegakkan agamaMu ya Allah. Masukkanlah dia ke syurga dan kumpulkan kami juga bersama-samanya di syurga nanti ya Allah..."

Allah.

Sebak hatiku saat membaca setiap status dari mereka-mereka di luar sana tentang susuk tubuh akh Iman Syafiq ini.

Aku tidak mengenalinya siapa, bahkan aku sendiri jua tidak pernah mendapat taujihat darinya. Namun, dia telah membuat aku sedar, dia telah membuat aku mengalirkan air mata, dia telah membuat aku cemburu, dan dia jua telah membuat ramai akhwat untuk terus meluncur laju dalam Dee n Tee ini.

Kata seorang akhwat sebelum mendapat berita kematian akh Iman,
"Syuhada itu adalah mereka yang telah meninggalkan dunia tanpa berkeinginan pada dunia itu lagi. Cita-citanya hanya redha Allah."

Kemudian beberapa minit setelah akhwat itu berkata demikian, semua digemparkan dengan kematian seorang ikhwah yang digelar Umar al-Farouq. Allah! Akhi engkau sudah pergi mendapatkan syahid.

Ramai yang menjadi saksi usaha mu. Dan 'Aku'...aku masih di dunia ini, untuk terus mengorak langkah dan berlari laju agar saat kematian ku nanti aku juga mempunyai saksi untuk amal-amalku.




Ya Allah.
Terima kasih ya Allah untuk rasa ini.
Moga Akh Iman Syafiq di tempatkan  bersama mereka yang syahid.
Ameen.



Monday, February 25, 2013

Senyum puas-puas

"Kesian pelajar, kalau lecturer yang ajar sendiri tak faham apa yang dia ajar."
-Dr. Kam (lecturer organic chemistry)-

Dalam hatiku, 'ada fikrah yang bagus juga Dr nie..' Ehehe.. ^_^

Selagi mana kita tak faham kenapa kena buat dakwah,
Selagi mana kita tak faham apa itu tarbiyah,
Selagi mana kita tak faham apa guna usrah...
Selagi itulah kita akan sentiasa kabur & rabun.

Buat dakwah bukan untuk suka-suka,
Berada dalam tarbiyah bukan perkara biasa je,
Pergi usrah bukan cuma nak jadi baik sorang-sorang je...

Katakanlah, "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kamu kepada Allah dengan hujah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik." 
[12:108]

 Ketahuilah, kita sedang bekerja sepertimana Rasulullah buat dulu,
Yakinlah, kita sedang bersama Islam,
Tekadlah, sama ada kita akan hidup mulia dengan Islam atau mati syahid demi pertahankannya...


"Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama(masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Mereka kekal di dalamnya buat selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar."
[9:100]


"Allah membeli dari orang mukmin bai diri mahupun harta mereka, dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah, mereka membunuh atau mereka terbunuh; itu ialah satu janji yang mengikat-Nya di dalam Taurat, dan Injil, dan al-Qur'an. Dan siapakah lebih tepati perjanjiannya daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli kamu yang kamu memperjualbelikan dengan-Nya, itulah kemenangan yang agung."
[9:111]



"Beri kefahaman dulu sebelum beri beban."
-Ukhti yang pergi HAMKA 2012-

Sunday, December 30, 2012

Aku dan Jahiliyah

Mmm..banyak kali juga aku berfikir sama ada ingin menukilkan ianya di sini atau tidak. Setelah fikir, fikir, fikir, dan terus berfikir. Inilah keputusannya.

Siapakah aku dulu?
Dulu, ya dulu..bererti aku sekarang agak berbeza sedikit dari aku yang dulu.

Tarbiyah. Itulah perkataan yang dapat aku nyatakan sebagai faktor 'aku sekarang berbeza dengan aku yang dulu'

---------------------------------------------
 
"Mmm, malas la nak solat, bukan ada orang tahu pun." Bisik hati kecil.
Itu bagus juga, sekurang-kurangnya masih ingat tentang solat.
Kadang-kadang tak ingat langsung tentang wujudnya solat 5 waktu..hoho..islam ke?

Al-Quran. Lagi lah jauh. Memang aku menjadi penambah statistik golongan yang menyimpan al-Quran di tempat tertinggi atas almari buku dan penyimpan habuk yang tebal pada al-Quran. Sedangkan kat sekolah banyak je kali ustaz dan ustazah yang mengingatkan, seperti ini:

"Jangan la al-Quran tue buat pandang je, letak tempat tinggi buat simpan je."

Kadang-kadang tu ustaz siap perli-perli lagi.
"Haaa, berapa kali dah pegang al-Quran tu? Ke tunggu habuk tu tebal-tebal dulu baru nak pegang al-Quran semula?" Terdiam je. Terasa juga tapi still tak buat juga.

Bila fikir-fikir balik sekarang, hipokrit aku dulu. (huraian tentang hipokrit di sini biarlah hanya aku dan Allah yang tahu apa sebabnya aku mengatakan diriku hipokrit)

Dulu, aku takut pada manusia, aku nak sembunyi-sembunyi dari pandangan manusia. Eh, Allah yang akan "hisab" aku nanti atau manusia?

Sehinggalah. Sehinggalah aku masuk asrama masa Ting. 5 Sek. Men. Tek. Alor Setar. Di situ, aku merasai suatu perasaan yang berbeza. Aku mula solat 5 waktu. The surprise is, aku merasai suatu perasaan yang sangat-sangat pelik bila aku mula belajar membaca al-Quran. Nyaman, tenang..dan nak menangis.

Zaman matrikulasi.

Kolej Matrikulasi Perlis. Itulah titk aku berubah 'luaran'. Faham ke?

Di situ, aku mula belajar memakai sarung kaki, sarung tangan dan bermula dengan tudung bidang 50 kemudian 60.

Tapi, saat itu aku tak pernah rasa bersalah bermesej dengan seorang manusia yang berlainan jantina dengan aku. Walau tanpa ada sebarang urusan yang penting. Boleh kata lagha la.

Zaman universiti.

Aku berubah penampilan lagi. Tudung aku makin labuh. Tudung ustazah tu. Tapi tudung je la. Bila kenang sekarang, malu juga aku dengan penampilan begitu tapi aku sendiri tak memahami maksud 'hijab' itu sendiri.

Aku aktif juga dalam ber'program' kolej kediaman. Tapi baik sikit sebab join kebanyakannya program surau.

Kadang-kadang mesej dengan lelaki, mula-mula urusan kerja kemudian menjadi urusan tanya khabar..hoho..perlu ke?

Ahhh..malu dan terasa diri aku sangat hina untuk aku terus manyambung cerita.

Ye, mungkin bagi sesetengah orang 'apa salahnya nak bermesej-mesej dengan seorang manusia yang berlainan jantina itu?' tapi 'apa salahnya kalau tidak bermesej dengan seorang manusia yang berlainan jantina itu?'. Sight?

For now, one word yang mampu untuk aku nukilkan dan catatkan atas sebab aku mula berubah untuk tidak bertudung hanya sekadar labuh, aku mula berubah untuk tidak solat hanya sekadar pergerakan je, aku mula berubah untuk tidak islam hanya pada agama je..itu semua adalah kerana tarbiyah.



Daripada Nawwas bin Sam’an r.a.,daripada Rasulullah s.a.w baginda bersabda, “ Kebaikan adalah akhlak yang baik, sedangkan dosa adalah segala yang mengusik jiwamu dan engkau tidak suka jika diketahui manusia.”
[ HR Muslim]

"Sibghah  Allah". Siapa yang lebih baik sibghahnya daripada Allah? Dan kepada-Nya kami menyembah.
[2:138]

Miqdad.

Saturday, December 15, 2012

Janji kita

"setiap mukmin itu bersaudara."
[49:10]

Saat hati ini mula bermain-main dengan ukhwah, berlapang dada terasa sempit, bersangka baik menjadi perit, untuk itsar jauh sekali...aku berkata pada diri, "sesungguhnya kau sudah jauh dari Allah!" Uhu..

Bukankah yang menghubungkan hati-hati itu adalah Allah.
Dan bukankah persaudaraan itu disatukan hanya kerana iman itu?

Maka, aku bertanya pada diri, "bagaimana hubungan kau dengan Allah?"

Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah.

Aku tersedar dari lamunan dunia. Allah menyedarkan aku, apa yang ingin aku tuju, dunia atau akhirat? Neraka atau syurga? Jahiliyyah atau islam? Redha Allah atau kemurkaan Allah?

Cakap buat kerja islam, cakap buat tarbiyah, cakap buat kerana Allah..tapi kenapa untuk berlapang dada susah, tapi kenapa untuk bersangka baik berat, tapi kenapa untuk itsar dipersoal!

Bukankah sahabat Rasulullah yang bukan islam semenjak lahirnya tapi mengenal islam menjadi seorang sahabat yang sangat baik kepada sahabatnya? Maka, apa yang menyekat kita untuk menjadi seperti itu melainkan EGO dan al-hawa.

Bukankah kita dah berjanji, akan masuk syurga bersama?

JOM! Menjadilah kita seperti semut yang sentiasa mencari manisan. Kita bagaikan semut dan iman bagaikan manisan.

----------------------------------------

‎"Keaslian ukhuwah hanya lahir dari qalbun khalis (hati yg ikhlas krn Allah)."
-ustz fairuz-


Sahabat, janji ye. Kita jumpa di syurga. In shaa Allah.




Imam Hasan Al Banna: Ukhuwah Islamiyah adalah keterikatan hati dan jiwa satu sama lain dengan ikatan aqidah.

Miqdad.
Preparing mabit @ Masjid Putra, Putrajaya.

Sunday, December 2, 2012

Sebarkan cinta

Mata aku sudah bergenang dengan cecair yang jika bergerak sedikit saje akan menitik la ia menjadi seperti hujan..hoho.

Satu persatu wajah adik beradik dan mak yang muncul di fikiran.

Lepas tu, tengok semula nasi dan lauk dalam pinggan, walau cuma nasi+ayam+sayur. Itulah makanan Dewan Makan di sekolah lama dahulu yang menjadikan aku terasa bersalah untuk makan seorang diri walhal adik beradik yang lain tak tahu sama ada makan atau tidak, makan apa, cukup atau tidak.

Itulah situasi yang aku hadapi dahulu, lebih kurang 6 tahun dahulu.

Eh. Bukan nak cerita tentang sejarah saya, tapi kisah KITA.

Memang itulah aku.

Aku bertanya pada diri, jika soal makan pun aku berasa bersalah jika tidak dikongsi dengan orang lain, inikan pula benda yang paling best dan paling mahal lagi. ISLAM.

Jom sebarkan kebaikan dan keindahan islam.

kredit to madmie tumbler

"Andai diumpamakan ISLAM seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka aku akan berjalan ke seluruh pelusuk tempat bagi mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramainya mereka tetapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dalam membina kembali bangunan usang itu menjadi bangunan yang tersergam indah"
As-syahid Imam Hassan Al-Banna



Miqdad.
Kerja yang banyak menunggu.

Wednesday, November 28, 2012

Masa

Kalau ikutkan hati terasa ingin mengambil telefon tangan (baca:handphone) dan mendail number kawan-kawan yang Allah pertemukan saya dengan mereka. Terasa ingin menyantuni semua orang, terasa ingin menziarah semua jiran di kawasan rumah sewa, terasa ingin menziarah semua sahabat/junior di UM. terasa nak telefon kakak/adik setiap hari, terasa nak buat kejutan/lawatan mengejut di tempat LI dulu, terasa nak tidur bersama anak-anak usrah yang sedang di bina, terasa nak buat semua benda, terasa ingin menyambung semula hubungan yang kian terputus.

Tapi.

Aku hanya hamba. Masa yang ada, aku perlu bahagi pada banyak perkara.

Namun, bukan jua itu hujahnya.

Masa. Bukan penghalang. Tiada apa yang menghalang.

Kecuali.

Kecuali diri sendiri.

Uhu..perlu mengatur masa dengan baik.

In Shaa Allah.



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
[103: 1-3]


Petikan surat Sayyid Qutb kepada adiknya, Aminah Qutb sebelum syahid di tali gantung.

".... Apabila kita hidup untuk diri kita semata, maka kelihatan kehidupan ini singkat dan kerdil. Ia bermula sejak kita sedar dan berakhir bersama umur kita yang terhad.

Adapun, jika kita hidup untuk orang lain, iaitu hidup untuk sesuatu idea maka sesungguhnya kehidupan itu panjang lagi dalam. Ia bermula dari mana bermulanya keinsanan. Ia terus melebar selepas kita meninggalkan muka bumi ini..”

LabComp
Jab. Kimia.
Uni. Malaya.

Thursday, November 8, 2012

Ruh tarbiyah

[Update ringkas]

Aku memerhati dan mendengar.

Ya, usrah makin mudah untuk diperkatakan di hadapan umum.

Orang yang pakai tudung labuh pun makin ramai.

Cuma entah, ada terdetik di hati ku, "semoga semua ini akan tetap mempunyai roh tarbiyah"

Saat ini, aku mengingat kembali satu persatu wajah-wajah syuyukh, kakak qawiy...mereka hasil tarbiyah yang mana saat itu usrah bukan suatu kebiasaan, bertudung menjadi satu ejekan(bagi syuyukh), bertudung labuh menjadi satu kepelikan(bagi kakak qawiy).

Dan kini, usrah itu satu kebiasaan. Tudung labuh itu sudah tiada yang nak berapa hairan.

[Mood:sedih]

Semoga akan terus memberi roh tarbiyah bukan hanya sekadar usrah.

.Tilawah-tazkiyah-ta'lim.

.Ta'aruf-tafahum-takafful.



LabComp
Jab. Kimia, UM

Wednesday, October 31, 2012

Mari-mari! Sini ada jualan hebat untuk masuk syurga!

Sedap je rasa tekak ini apabila air chocholate ais melaluinya sambil kepala pening-pening tertidur di library sekejap *ehe*

Tiba-tiba..*krik-krik*

"..tunggu la mak dan ayah aku beli jet(orang kedah cakap:kapai teghbang) dulu." Dengan nada yang agak bangga di situ.

"..ala ambil lesen memandu flight saja-saja."

Hampir semua orang yang berada di ruang itu mendengarnya, tapi disebabkan ramai foreigner di situ kemungkinan hanya 50% manusia yang berada di ruang itu dapat menangkap bahawa terdapat seorang lelaki yang dengan bangganya sedang bercerita tentang family nya yang sangat mampu untuk memiliki apa-apa sahaja. Huh..

Dan kawan-kawan yang bersamanya itu pun sangat teruja untuk mendengar..*tak tahulah kalau diorang pun hanya sekadar buat muka teruja*

Oppsss..bukan. Post ini bukan untuk mengajak anda untuk menganyam ketupat. No.

Cuma..satu perasaan yang 'wow bangganya dia bercerita dengan penuh yakin'.

Tak faham lagi?

Macam nie.

Tahukah kita bahawa bilamana kita mampu untuk berdiri di hadapan khalayak ramai dan dengan berani dan yakinnya menjerit 'masuklah islam, beramallah dengan islam, bacalah al-Quran..semua nie best tawww dan sangat-sangat-sangat OSEM!'

atau mungkin..

'Mari, mari! Sini ada jualan hebat untuk masuk syurga!'

Maksudnya kita memang merasai bahawa islam ini sangat best jalan Dee n Tee ini sangat best dan osem!

Tapi rasanya buat kita yang berada dalam gerabak Dee n Tee ini boleh aplikasikannya dalam membawa bulatan gembira, kan.

Dek kerana kita terkesan dengan ayat cinta Allah dalam al-Quran dan kata-kata dari akhwat yang osem dalam konferens riang membuatkan kita menjadi tidak sabar menanti saat berbulatan gembira yang seterusnya bersama adik-adik tercinta untuk berkongsi rasa bahagia itu..oh! Indahnya..*lalalala*

Persoalannya, adakah itu yang kita rasa?

Kene belah hati & check semula nie...=)

kredit

LabComp, Jab.Kimia

Tuesday, October 30, 2012

Jatuh dan gugur

"Akak sedih..." ujar seorang kakak osem dalam Dee n Tee nie.

"Dulu dia lah orang yang bersungguh-sungguh tarik akak untuk join gerabak Dee n Tee nie tapi sekarang dia adalah orang yang cuba lari sejauh mungkin dari orang-orang yang cuba mengajak dia kembali kepada jalan yang sama-sama mereka lalui suatu ketika dahulu semasa di UK." sambungnya lagi.

Aku yang mendengar tersentap. Kini kisah itu aku mendengar sendiri dari seorang kakak yang berhubung sangat dekat dengan hamba Allah yang cuba lari Dee n Tee ini.

Aku tertanya pada diri aku, apa yang menyebab mereka untuk keluar pada jalan yang mereka imani ini, mungkin kalau dia masih baru dalam jalan ini tapi aku rasa tidak, walhal dia adalah insan yang dah agak lama bersama jalan ini.

Aku tertanya, bagaimana dengan aku nanti?

Ye sekarang aku masih mampu untuk berkata-kata, aku masih mampu berhujah tapi siapa tahu aku bagaimana 1tahun akan datang atau mungkin 10tahun akan datang.

Masihkah aki di jalan ini?

Hati aku semakin terasa sangat sakit. Mata tak tertahan untuk menitiskan air mata.

Faham, ikhlas dan yakin.

Adakah kerana Allah aku berada di sini?
Astaghfirullah.

Dada aku sangat-sangat sakit.

Ya Allah. Aku ingin ikhlas di atas jalan-Mu ini.

kredit to http://taufiqsuryo.wordpress.com/2009/10/18/ah-entahlah/


Miqdad.

Saturday, October 13, 2012

Cinta is to Give

Bisimillahirahmanirahhim..

Akak sayang sangat pada antuna.

Tapi macam mana ye akak nak luahkan betapa akak menyayangi antuna melainkan hanya dengan akak mencuba dan terus mencuba untuk memahamkan antuna, 'hidup kita hanya kerana Allah'.

Akak ingin antuna merasai betapa bestnya hidup di bawah bayangan tarbiyah yang mana akak pernah merasainya.

Sebagaimana akak meyakini jalan ini antara jalan/wasilah yang akak meyakini seperti Allah state kan dalam at-Taubah ayat 100:

Orang-orang terdahulu lagi yang pertama-tama dari golongan Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridha pada mereka dan merekapun ridha kepada Allah. Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya itulah kemenangan yang besar [QS At Taubah : 100]

Iaitu, antara jalan yang sama-sama di lalui oleh para sahabat, oleh muhajirin, oleh ansar, oleh para rasul dan semoga kita menjadi golongan yang mengikutinya itu. Dan bersama itu semoga jalan inilah yang akan membwa kita ke syurga-Nya.

Sesungguhnya, akak melakukan ini semua hanya kerana sayang dan cinta buat antuna, tiada yang akak minta sebagai balasan kecuali secebis doa dari antuna agar kita sama-sama istiqamah atas jalan ini dan cuba untuk memahami tarbiyah ini sepertimana para sahabat mengimani jalan dakwah dan tarbiyah ini.

Allahu'alam.

Kredit to Muharikah.com..:D


Miqdad.

Wednesday, September 5, 2012

Key from shuyukh.

Pernah terasa berat?
Berat semasa membawa barang setelah membeli belah..
Berat membawa buku-buku pelajaran yang tebal 10inch..

Jadi pernah?

Untuk kurangkan rasa berat itu, kita kadang akan membahagikan sesama sahabat dan ahli keluarga yang lain untuk tolong membawa barang-barang yang di beli.
Untuk kurangkan rasa berat itu, kita kadang akan memilih buku-buku yang lebih penting untuk di bawa sahaja atau kita akan membahagikan buku-buku tersebut ke dalam beg yang lain.

Ringan sikit kan?

Pernah terasa berat dengan 'perasaan' ?

Saya pernah.

Sehingga petang tadi, saya berjalan dan terus berjalan. Saya tersa penat berjalan pada jalan yang perlu mendaki. Saat itu yang saya fikir dan rasa ialah..
'saya akan sampai juga ke penghujung yang harus saya sampai'
'dan untuk itu rasa penat itu saya harus tukarkan menjadi suatu yang positif'
'dan saya juga perlu menjadikan rasa penat itu suatu rasa yang sangat kecil impaknya'

Begitu jualah dalam hidup ini.
Memang kadang ia susah.
Maka saya perlu belajar suatu perkara iaitu..ikhlas.

----------

Ikhlas. Itu kuncinya.
Pesan shuyukh-naqibah-usrah.

Choose the right key.


Miqdad.
19 Syawal 1433H.

Thursday, August 2, 2012

Tiada Duka Yang Abadi

Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam akan berakhir, hari akan berganti
Takdir hidup akan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam akan berakhir, hari akan berganti
Takdir hidup akan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini



.kering.
2 Ogos 2012 (Khamis)
13 Ramadhan 1433H

Tuesday, July 24, 2012

Manusia

Ramadhan Karim.

Pengalaman bekerja di bulan puasa. Benar la satu hadith:

Hadis Ibn Umar R.A, “Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai dan bersabar di atas kesakitan yang timbul akibat pergaulan itu, adalah lebih baik daripada mukmin yang tidak bercampur dengan orang ramai dan tidak sabar di atas kesakitan akibat pergaulan itu(HR At-Tarmizi & Ibn Majah)

Ramai manusia *walaupun tak la ramai sangat yang saya jumpa, banyak ragam juga yang harus dihadapi. Beza antara alam belajar dan alam bekerja ialah saat kita masih di alam belajar, kita berjumpa dengan kawan  'course' mate kita hanya saat dalam kelas, duduk dengan dia sebentar. Namun, di alam pekerjaan, dari pukul 9 pagi hingga pukul 6 petang, kita akan menghadap muka yang sama, bergaul dengan orang yang sama dan saat itu, kita akan mula mengenali rakan sekerja kita sedikit demi sedikit. *nie kalau persekitaran tempat kerja sama macam saya.

Manusia itu punya berbagai sikap, perasaan dan cara pemikiran. Unik kan Allah. Allah. Allah. Allah. Kuasa Allah.

Saya sangat ingin mendalami sifat manusia. Kerana saya sedang bergaul dengan manusia.

p/s: macam tue juga rasa hati nak mendalami perasaan anak-anak yang istimewa, saat melihat mereka, saya merasa diri sangat bahagia, mereka sangat suci.



Sunday, July 15, 2012

Nak ber'wushu' macam Inche Gabanna.

Agak lama rasanya saya meniggalkan blog ini tanpa sentuhan apa pun.

Malu untuk berkata tapi saya harap ini akan menjadi pengingat saya.

Terasa malu dengan akhwat yang begitu berusaha dan struggle untuk keep on in this Dee n Tee, untuk sentiasa memperbaiki diri dalam Dee n Tee ini juga, tapi saya..di mana saya..apa yang saya lakukan. Terlalu jauh dan terlalu sedikit usaha saya.

Kata nak berusaha untuk menjadi yang terbaik di sisi Allah tapi sejauh mana usaha itu, andai mujahadah dengan nafsu sendiri tak mampu untuk saya kalahkan! Sungguh lemah diri ini! Sangat lemah!

Dan paling utama, saya terasa sangat malu dengan Allah.

Terus menerus dan tetap sahaja sehingga saat ini Allah masih memberikan saya nikmat tarbiyah ini.

p/s: hujan saat ini sama seperti hujannya hati ini. Saya harap hujan ini mampu membasah jiwa ini untuk sentiasa memandu jiwa dan raga hanya kepada-Nya dan hanya untuk-Nya.



‘Wheresoever ye may be, death will overtake you, even though ye were in lofty towers.’
(4:78)

Miqdad.
25 sya'ban 1433H.
0241.

Sunday, June 17, 2012

Jalan Dakwah

Seawal saya menaiki gerabak tarbiyah ini, banyak benda sebenarnya saya tak dapat nak link kan each other between hidup & tarbiyah. Bila saya ingat kembali kenangan dulu ada manis dan ada tawarnya, saya berkata pada diri, 'lambatnya kau nie nak pick up the point!'..ehe

Tapi rupanya banyak Allah nak ajar saya dalam setiap inci dan setiap zarah perjalanan tarbiyah saya ini. Thanks Allah..(sambil senyum keseorangan)..ehe

Masa daurah yang baru lepas, saya ada share dengan sorang kakak nie, 'dulu, saya selalu fikir sangat takut kalau nanti UA dah naik semula kemudian ia akan mengulangi sunnatullah itu, iaitu ISLAM akan jatuh kembali.' Tapi bila difikir-fikir balik, apa yang nak ditakutkan, 'takut sebab rasa macam penat jer buat kerja Dee n Tee nie, then nanti ia akan jatuh juga macam dulu ke?' 'Kalau dulu Rasulullah SAW pun fikir macam nie, rasa-rasanya akan sampai ke islam kat kita hari nie, ha?'..ehe..saya memang suka bermonolog.

Ehe..lawak pun ada rasa diri ini. Itu sunnatullah la.

Lagi pun kita buat kerja sekarang bukan kerana kita nak lihat dengan mata kepala sendiri UA tue akan tertegakkan. Cuma kita mengimani UA itu akan tertegak, cuma masanya hanya Allah yang tahu, walaupun saat itu kita sudah tiada. Sekali lagi saya ajukan persoalan yang sama seperti di atas, 'Kalau dulu Rasulullah SAW pun fikir macam nie (untuk melihat UA itu tertegak), rasa-rasanya akan sampai ke islam kat kita hari nie, ha?' Just menanti kemenangan itu..sedangkan Allah dah memang menjanjikan yang Allah akan memenangkan al-Haq itu atas kebatilan, right?

'Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar.'
35:5

Jadi, buat je la kerja tue..

Ber 'Dee&Tee' dengan gembira..=)


p/s: Jom buat kerja..uhh..mujahadah itu sangat susah kalau kita tak begantung pada-Nya, kan.


Sedang naik LRT Dee&Tee
Siapa nak join?
Tawaran sentiasa terbuka..=)

Sunday, June 10, 2012

Emak Ingin naik Haji

Melihat sekeliling, dan mengembalikan pandangan itu kepada diri sendiri..

Allah, dahulu saya tidak pernah terfikir saya akan berada di sini hari ini.

Di mana? Di jalan tarbiyyah ini.

Jika saya tidak mengikut jalan ini, mungkin fikiran dan cara pandangan saya akan berbeza dari sekarang.

Selepas baca Majalah JOM edisi ke-3 (wat promotion sikit..ehe..)..saya sangat excited untuk mencari filem yang dicadangkan, 'Emak Ingin Naik Haji'. (But bukan itu yg saya nak highlight kan di sini..ehe..). Cuma teringat satu lagi kisah seorang 'mak'..(sambil da air terjun di pipi..ehe..).

Kisah Seorang 'Mak' yang juga teringin sangat naik haji..
Tapi Allah tidak mengizinkan lagi untuk dia pergi melihat rumah Allah, 'Kaabah' yang dikisahkan dalam al-Quran mengenai kisah Muslimin di zaman Rasulullah dalam soal pemindahan kiblat.

Kisah Seorang 'Mak' yang menyimpan tabungannya untuk menunaikan haji..
Tapi Allah menguji dengan sesuatu yang lainnya.
Mendahulukan anak-anaknya berbanding hasratnya yang dah terpendam lama.

Pernah suatu masa dulu, anakya ada berkata padanya, 'mak, duit tue kan mak simpan nak pergi haji.' Jawab seorang 'mak' itu, 'tak pe akak, nanti mak bole cari lagi, akak lagi perlukannya.'

Ye, seorang 'mak' itu, yang mana tangannya itu tidak pernah berhenti membuat kerja untuk menyara sebuah keluarga, kakinya itu banyak berdiri sehingga pecah tumit kakinya, matanya itu yang bersengkang sehingga lewat malam tatkala manusia lain sudah di buai mimpi dan bangun di awal pagi saat orang lain semua sedang tidur hanya untuk menyara sebuah keluarga.

Ye, kisah seorang 'mak' itu, yang kini tabungan hajinya sudah tiada, harapanya di simpan diam-diam. Saya sangat kagumi dia. Satu persatu Allah mengujinya, tapi saya tahu ujian Allah itu makin lama, makin menguatkan seorang 'mak' itu.

Anaknya ada bisik padanya, 'tak pe mak, Allah nak bagi pahala kat mak supaya nanti mak dapat masuk syurga.' Dan seorang 'mak' itu hanya mampu tersenyum.

OK. End of the story...

Kalau si anak itu tidak bersama keretapi tarbiyyah ini, pasti yang keluar dari mulutnya, 'mak, saya sayangkan mak sebab banyak dah mak buat untuk kami semua.' tapi si anak itu mendapat suatu nilai kasih sayang yang lebih berharga dari itu, 'mak, saya sangat sayangkan mak, sebab Allah.'

Tanya seorang sahabat, 'Macam mana kita nak tahu kalau kita sayangkan mak kita kerana Allah?'
Hati awak akan menjawabnya kerana tiada teori kimia bagaimana tindak balas kasih sayang itu boleh berlaku kecuali hanya dengan awak merasainya.



Jika kita sayangi seseorang sayangilah dia hanya kerana Allah kerana kasih sayang yang tidak didasari pada yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang itu, hanya sia-sia umpama buih-buih di lautan yang hilang begitu sahaja.

Open of June..=)

Sehari ke sehari nak je jari ini menaip sesuatu sebagi tulisan di laman blog ini, tapi entah apa yang menghalang, mungkin jua kekurangan diri sendiri untuk berkongsi..uhu.

Sekarang sedang 'exam week'..tapi perasaan exam kali berbeza dengan sebelum ini, sungguh saya merasakan itu..satu perasaan yang saya susah untuk rasai sebelum ini. Bahagia..=)

Ye, itulah yang saya katakan, tarbiyah banyak mengubah saya, tapi bukan sepenuhnya saya dah berubah menjadi seorang 'super saiya' yang 100% tak buat salah, (surely it would not be happen)..but sedikit demi sedikit, banyak yang saya belajar, banyak yang Allah ajar.

Tapi itulah ertinya tarbiyah, ia sentiasa mengubah from -ve to  +ve, right?

Dan dalam belajar to be the good, akan ada silap yang kita ter'lakukan', akan ada hati yang kita 'tersakit'kan..

Yup, because we are human, not an angel..siapa pun kita, as a daie', murabbi..kita tetap adalah manusia, kan. Dan sekali lagi nak juga saya katakan, even the truth we are a human, tapi tidak boleh la sesuka hati Mak Cik Kiah ujung kampung nak buat keputusan dalam sesuatu perkara itu ikut neraca nafsu berbanding neraca Allah, kan.

Baby: Besar nanti saya pun nak jadi mcm 'acik2' yang tengah solat tue, tarbiyah mengajar mereka, anda?






 

Zikrul Lil'alamiin... Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger